| Login |
 |
|
|
|
| Pautan |
 |
|
|
|
| Pengiklanan |
 |
|
|
|
| Statistik |
 |
|
|
|
|
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ditubuhkan pada tahun 1957 di bawah nama Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaya.
Pada tahun 1974, Dewan Gabungan ini melalui perubahan dan dipanggil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Negeri Selangor adalah di antara cawangan yang paling aktif setelah diperbadankan pada 18hb Julai 1988.
Arus ekonomi dan pelaburan yang berkembang pesat di Negeri Selangor menjadikan peranan DPMMS semakin penting, khususnya di dalam melahirkan serta membangunkan usahawan Melayu.
DPMMS ditadbirkan oleh Jawatankuasa tadbir Dewan yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua sendiri dan dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kehormat melalui Urusetia. Urusetia Dewan ini dikendalikan oleh kakitangan sepenuh masa untuk menyelaraskan perjalanan pentadbiran ini. |
|
|
| Program Akta Persaingan |
Sukacita dimaklumkan Biro Perundangan PERDASAMA dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) , KPDNKK akan menganjurkan bersama Program Akta Persaingan secara 'road tour' ke 4 zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur. Untuk permulaan dan pelancaran akan diadakan di Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur dengan maklumat seperti berikut:-
Tajuk : Program Akta Persaingan 2011/2012 Zon Tengah
Tarikh : 23 Februari 2012 (Khamis)
Tempat : Hotel The Regency Kuala Lumpur, Jalan Raja Alang
Masa : 9.00 pagi-2.00 pm
Yuran : PERCUMA
RINGKASAN AKTA PERSAINGAN 2010
* Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 yang akan berkuatkuasa
pada 1 Januari 2012
* Akta ini menyediakan satu akta persaingan yang menyeluruh di peringkat kebangsaan yang mencakupi semua sektor kecuali amalan antipersaingan yang dikawalselia di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Akta suruhanjaya Tenaga 2001.
* Akta persaingan ini bertujuan untuk memastikan persaingan yang sihat
wujud di dalam pasaran dan akan merancakkan lagi suasana perdagangan dalam negeri dengan memastikan amalan antipersaingan dapat diatasi dan menjamin hak pengguna secara keseluruhan.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi kefahaman kepada para usahawan dan para pedagang mengenai implikasi Akta Persaingan 2010 telah dikuatkuasa pada tahun ini (2012)
2. Supaya komuniti pedagang dan pengusaha Melayu bersedia untuk menghadapi implikasi ke atas syarikat mereka apabila Akta Persaingan 2010 ini berkuatkuasa yang akan mengubah wajah pernigaan negara bermula awal tahun ini.
3. Memperkenalkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC berserta mandat, fungsi,peranan dan tanggung jawab suruhanjaya ini kepada komuniti pedagang dan pengusaha Bumiputera .
Justeru, YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan di sekitar zon tengah (KL/Selangor/N.Sembilan) adalah dijemput menghadiri program ini .
Untuk pendaftaran, mohon isi borang jawapan yang dilampirkan sebelum 20 Februari 2012.
sila hubungi Suriati Yusoff di talian 03-2095 2002 atau email ke suriati@perdasama.org.my> suriati@perdasama.org.my
Sila klik untuk borang penyertaan
|
| |
| PAKEJ UMRAH & ZIARAH BERSAMA AHLI-AHLI DPMMS |
Adalah dimaklumkan bahawa, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) melalui Biro Perhubungan Kerajaan & Keahlian buat julung kalinya akan menganjurkan Pakej Umrah & Ziarah Bersama Ahli-Ahli DPMMS yang dijadualkan pada 22 Mac – 2 April 2012 selama 12 hari / 10 malam dengan penerbangan MAS.
Pakej ini merangkumi penginapan di Makkah & Madinah, tiket kapalterbang pergi/balik, perkhidmatan visa umrah, mutawwif, makan minum, pengangkutan serta ziarah dan melawat ke tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Dalam pakej ini juga turut menyediakan ceramah motivasi – Umrah & Hijrah dan jalan-jalan cari iman.
Maklumat pakej adalah seperti berikut:-
|
MAKKAH
|
HOTEL
PENGINAPAN *****
Hijjaz (150m)
| |
MADINAH
|
HOTEL
PENGINAPAN ***** Alharam (100m)
@ SETARAF
| |
BILIK
BER 4
|
RM
5880.00 SEORANG
| |
BILIK
BER 3
|
RM
6080.00 SEORANG
| |
BILIK
BER 2
|
RM 6480.00 SEORANG
|
Penyertaan awal amatlah digalakkan.Pengesahan penyertaan
hendaklah dibuat dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM 500.00 seorang bagi
tujuan tempahan tempat. Manakala bayaran
penuh perlu dibuat selewat-lewatnya 1 bulan sebelum dari tarikh berlepas.
Borang penyertaan boleh didapati daripada Pejabat DPMMS
dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 22
Januari 2012. Untuk sebarang
pertanyaan dan urusan pendaftaran, sila hubungi
Puan Fauziah Ishak di talian 03-5510 0761 / 5519 9110. |
|
|
|
 |
Masa itu emas |
|
|
|
 |
Kalendar Aktiviti |
|
|
|
 |
Muat Turun |
|
|
|
|